Jenis Buah Popular di Pasar Tamu Sarawak
BERITA UNIK

Jenis Buah Popular di Pasar Tamu Sarawak

Jenis Buah Popular di Pasar Tamu Sarawak . Saya gemar berjalan sekitar pasar tamu di setiap daerah yang saya jelajahi. Kita boleh melihat pelbagai hasil hutan dan kampung yang dijual disitu. Dari daging eksotik seperti rusa, landak dan ular sawa hinggalah ke ulat mulong. Namun saya lebih teruja melihat jualan hasil tanaman yang ada diantara amat baru bagi saya. Agen Capsa

Di sini saya ingin dikongsikan informasi tentang 10 jenis buah yang popular di pasar Tamu Sarawak. Jika ada yang ingin menambah info saya amat alu-alukan anda memberi respon di ruangan komen.

Berikut Jenis Buah Popular di Pasar Tamu Sarawak

1. Terung Asam atau terung Iban

Jenis Buah Popular di Pasar Tamu Sarawak

Rasanya agak kemasaman. Sering digunakan untuk memasak gulai asam. Rasanya fuh…memang sedap. Kalau dimasak pedas memang setaraf gulai asam pedas Melaka. Buah ini sangat mudah ditanam malah menjadi tanaman kontan dikalangan penghuni rumah samada di taman mahupun di kampung.

2. Buah Engkalak

Buah ini bermusim, berwarna merah pink. Isinya putih susu rasanya berlemak. Jika dicicah kicap dan garam dan dimakan dengan nasi…hmmm rasa bagai di syurga. Mudah didapati di pasar tamu. Jika musim buah memuncak harga murah dalam RM2 sebakul kecil.

3. Buah Maram

Buah ini dikenali sebagai buah kelubi. Zaman saya sekolah dulu amat mudah mencari asam kelubi di Teluk Intan. Malah kedai runcit pun banyak menjual jeruknya. Kini sangat susah nak cari. Namun di Sarawak buah Maram ini amat mudah dibeli di pasar tamu.

Fungsinya sebagai penyedap masakan…yang paling best buah maram ini diulam..makan bersama garam dan dipencar dengan jus limau nipis…fuh sungguh membuka selera. Poker Online

4. Buah Jirak

Buah ini spesis buah tampoi. Cuma buah tampoi atau sentul isinya putih tetapi buah jirak ini berwarna merah. Rasanya seperti rambai dan boleh ditelan bijinya.

5. Buah Ridan

Buah ini juga hampir sama seperti buah maram. Malah ada yang tersilap anggap buah ini dengan buah salak. Bentuk nya hampir sama cuma kulitnya lebih merah dari Salak Madu yang agak coklat.

6. Buah Uchong

Buah ini juga sangat sedap. Isinya putih dan rasanya agak sedap. Bentuknya seperti putik bunga belum berkembang. Antara buah yang unik saya jumpa.

7. Buah Pelajo

Pada mulanya saya ingat ini adalah kacang atau kuaci. Rupanya hirisan buah dan bila digoreng rasanya sangat berlemak dan seperti kacang. Pelajo ini sedap digoreng masin samada dengan garam atau kicap.

8. Buah Embang

Buah ini turut dikenali sebagai buah Mawang. Isinya kuning seperti buah kuini. Kulitnya tebal dan sangat sedap. Pokok Embang ini banyak di kampung-kampung ditepi jalan atau berhampiran kubur. Huhu sebab itu pokok ini sinonim dengan kisah seram dikampung.

9. Buah Isu

Jenis Buah Popular di Pasar Tamu Sarawak

Spesis durian hutan yang sangat popular di Sarawak dan Sabah. Jika di Semenanjung memang amat payah nak jumpa walaupun ada. Tapi di Sarawak ianya dijual selepas tamat musim durian. Isinya oren, rasanya seperti durian muda. Cuma yang tak tahan gigi turut bertukar warna akibat memakannya.

10. Buah Dabai

Jenis Buah Popular di Pasar Tamu Sarawak

Ini raja segala buah nadir. Dabai mempunyai nilai komoditi yang tinggi kerana dijual dengan harga tinggi diawal dan akhir musim. Malah kini ada gred tertentu bagi buah Dabai ini. Ada yang sebesar syiling 50sen.

Pernah saya dengar orang kampung bercakap jika sepokok Dabai mengeluarkan buah, hasil jualan dari pokok tersebut boleh beli sebuah motorsikal 150cc secara tunai. Itu baru sepokok. Setiap dusun ada lebih 10 pokok.

Dabai yang menjadi buah ulaman kebanggaan Sarawak ini mempunyai rasa yang sedap, lemak, pedar dan lebih lazat dimakan dengan kicap dan garam. PelangiQQ

DI BACA JUGA : Rekomendasi Penginapan Murah Di Gili Trawangan, Mulai Rp100 Ribuan

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *